Labels

Tuesday, 12 July 2011

Kem Bestari Solat Tahun 2

TARIKH :9 JULAI 2011
HARI :SABTU
TEMPAT :SK SENAWANG
MASA : 7.30 HINGGA 11 TGH
PESERTA: MURID-MURID TAHUN 2






















Friday, 1 July 2011

PROGRAM MARI BERSOLAT DAN IMAM MUDA

PROGRAM INI ADALAH LANJUTAN PROGRAM J-QAF IAITU PROGRAM KEM BESTARI SOLAT UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PROGRAM KEM BESTARI SOLAT.
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MENGAMBIL PENDEKATAN DENGAN MENGADAKAN PROGRAM MARI BERSOLAT DAN IMAM MUDA. PROGRAM INI BERJALAN TERUS BERMULA DENGAN KURSUS IMAM MUDA YANG TELAHPUN DIPILIH HASIL TEMUDUGA TERBUKA PADA HARI SELASA (28 JUN 2011) DI SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG.
UNTUK MENJALANKAN PROGRAM INI, PIHAK PANITIA AKAN MENYEDIAKAN JADUAL DAN PROGRAM MULA DIJALANKAN PADA KETETAPAN BERIKUT :

1) JADUAL WAKTU KELAS UNTUK SOLAT
- BERMULA 11 JULAI 2011

2) KURSUS IMAM MUDA SKS
- BERMULA PADA 6 JULAI 2011

3) JADUAL UNTUK GILIRAN IMAM DAN BILAL
- BERMULA 18 JULAI 2011

4) PERSIAPAN SURAU UNTUK DIIMARAHKAN
- BERMULA PADA 4 JULAI 2011

6) TUGASAN IMAM DAN BILAL PADA 7 JULAI 2011

kiri, Imam Muda SKS Nuruddin membawakan Zikir2 sebelum Majlis bermula manakala kanan, Imam Muda SKS Iman bertilawah al-Quran di awal bermula program.

Zikir oleh Imam Muda SKS Nuruddin

Semasa bacaan alQuran oleh Imam Muda SKS Iman

Bacaan Tasbih Beramai-ramai diketuai oleh Nuruddin dan Iman

Majlis Sambutan Isra' Mikraj Peringkat Sekolah Tahun 1432 H/2011M





Objektif:
1. Mengingati peristiwa Isra' Mikraj yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
2. Menyedari pentingnya solat yang disyariatkan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W untuk umatnya.
3. Menyedari pentingnya membelajari ibadah solat sentiasa mendalami dan sentiasa melakukannya dan menghayati kehidupan sebagai muslim sejati.
4. Mengambil iktibar dari peristiwa Isra' dan Mikraj.


Aturcara Majlis :
- Murid-murid berhimpun di Dataran Ilmu
- Nasyid Asmaul Husna / Doa Mathurat
- Kata Aluan Pengacara Majlis (Ustaz Hj Mohd Haidhir B Mohd Isa)
- Ceramah Isra' Mikraj oleh :
Ustaz Muhammad Jasni Bin Ajom
Penolong Pegawai Unit Ukhwah, Bahagian Dakwah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
- Perasmian Program Mari Solat Dan Imam Muda SKS
- Penyampaian Cenderahati
- Bersurai

Ceramah oleh Alfadil Ustaz Muhammad Jasni Bin Ajom, ceramah yang sangat menarik selama 1jam, 1200 orang murid SKS tertarik mendengarnya

Perasmian Program Mari Solat Dan Imam Muda SKS oleh GPK HEM Encik Hamdan Bin Mohd Nor

Penyampaian Cenderahati kepada tuan penceramah

Thursday, 30 June 2011

Sambutan Hangat Temuduga Imam Muda SKS 2011

Sambutan hangat para pelajar ke temuduga Imam Muda SKS di SK Senawang benar2 diluar jangkaan. Seramai 52 orang pelajar dari tahun 4 dan 5 yang mendaftarkan diri untuk menjadi Imam Muda SKS, namun hanya 11 orang sahaja yang dipilih yang memenuhi kretiria yang ditetapkan. Kepada yang terpilih, tahniah diucapkan, moga tanggungjawab sebagai Imam Muda SKS ini dapat digalas dengan bersungguh-sungguh. Bagi yang tidak terpilih, jangan kecewa dan bersedih, jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita perbaiki diri menjadi yang lebih baik.



Adapun pemilihan Imam Muda SKS ini mempunyai 5 peringkat:

Peringkat Pertama: Bacaan al-Quran
Pelajar akan dinilai dari sudut: Fasohah, Tajwid, Kelancaran

Peringkat Kedua: Fardhu 'Ain

Pelajar akan ditanya tentang asas2 Fardhu 'Ain, tentang lafaz niat solat berjemaah, doa qunut, tahiyyat akhir dan doa selepas solat

Peringkat Ketiga: Suara
Selepas melepasi peringkat kedua, pelajar perlu dinilai dari sudut kelantangan atau kelunakan suaranya. Di peringkat ini, pelajar disuruh azan, berselawat ke atas Nabi, melafaz zikir-zikir asas dan bernasyid

Peringkat Keempat: Pengetahuan Am
Di peringkat ini, mereka akan disuruh mengenalkan diri mereka, ditanya tentang tujuan hadir ke temuduga, mengenai cita-cita mereka. Selain itu, pelajar2 ditanya tentang Rsulullah, iman, solat dan berbuat baik pada ibubapa

Peringkat Kelima : Sahsiah Diri

Menjadi Imam Muda SKS perlu mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji, diperingkat ini pelajar dinilai melalui cara bercakap, adab2 semasa belajar, adab bercakap dengan ibubapa dan guru. Pelajar juga ditanya tentang bagaimana cara menegur rakan-rakan dengan cara berhikmah.

SERAMAI 11 ORANG PELAJAR TELAH MENCAPAI KRITERIA2 YANG DITETAPKAN

p/s: Terima kasih kepada guru2 yang terlibat menjayakan Temuduga Imam Muda SKS ini sama ada secara langsung atau tidak. Jazakallahu Khairan Jazila

Saturday, 25 June 2011

Bacaan alMa'thurat setiap Jumaat

TEMPAT : DATARAN ILMU SK SENAWANG
HARI : SETIAP HARI JUMAAT
MASA : 7.30 PAGI

Panitia Pendidikan Islam SK Senawang menganjurkan aktiviti bacaan Ma'thurat setiap pagi Jumaat secara berjemaah. Semua guru SK Senawang yang beragama Islam turut sama menjayakannya. Guru-guru dibekalkan dengan buku alMa'thurat kecil untuk dibaca bersama, manakala pelajar diberi salinan alMa'thurat. Bacaan ini dipimpin oleh ustaz2 SK Senawang mengikut giliran. Dengan amalan bacaan ini, moga2 Allah bekalkan warga SK Senawang kekuatan hati, dipermudahkan urusan dan dikurniakan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Secara tidak langsung, ia mengeratkan lagi ikatan antara guru dan murid, kerana guru2 digalakkan berada bersama-sama murid ketika bacaan alMa'thurat dijalankan. Semoga usaha murni ini dilaksanakan secara istiqamah(konsisten)dan mendapat keredhaan Allah. Amin Ya Rob!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...