Labels

Saturday 25 June 2011

Bacaan alMa'thurat setiap Jumaat

TEMPAT : DATARAN ILMU SK SENAWANG
HARI : SETIAP HARI JUMAAT
MASA : 7.30 PAGI

Panitia Pendidikan Islam SK Senawang menganjurkan aktiviti bacaan Ma'thurat setiap pagi Jumaat secara berjemaah. Semua guru SK Senawang yang beragama Islam turut sama menjayakannya. Guru-guru dibekalkan dengan buku alMa'thurat kecil untuk dibaca bersama, manakala pelajar diberi salinan alMa'thurat. Bacaan ini dipimpin oleh ustaz2 SK Senawang mengikut giliran. Dengan amalan bacaan ini, moga2 Allah bekalkan warga SK Senawang kekuatan hati, dipermudahkan urusan dan dikurniakan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Secara tidak langsung, ia mengeratkan lagi ikatan antara guru dan murid, kerana guru2 digalakkan berada bersama-sama murid ketika bacaan alMa'thurat dijalankan. Semoga usaha murni ini dilaksanakan secara istiqamah(konsisten)dan mendapat keredhaan Allah. Amin Ya Rob!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...