Labels

Thursday 30 June 2011

Sambutan Hangat Temuduga Imam Muda SKS 2011

Sambutan hangat para pelajar ke temuduga Imam Muda SKS di SK Senawang benar2 diluar jangkaan. Seramai 52 orang pelajar dari tahun 4 dan 5 yang mendaftarkan diri untuk menjadi Imam Muda SKS, namun hanya 11 orang sahaja yang dipilih yang memenuhi kretiria yang ditetapkan. Kepada yang terpilih, tahniah diucapkan, moga tanggungjawab sebagai Imam Muda SKS ini dapat digalas dengan bersungguh-sungguh. Bagi yang tidak terpilih, jangan kecewa dan bersedih, jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita perbaiki diri menjadi yang lebih baik.



Adapun pemilihan Imam Muda SKS ini mempunyai 5 peringkat:

Peringkat Pertama: Bacaan al-Quran
Pelajar akan dinilai dari sudut: Fasohah, Tajwid, Kelancaran

Peringkat Kedua: Fardhu 'Ain

Pelajar akan ditanya tentang asas2 Fardhu 'Ain, tentang lafaz niat solat berjemaah, doa qunut, tahiyyat akhir dan doa selepas solat

Peringkat Ketiga: Suara
Selepas melepasi peringkat kedua, pelajar perlu dinilai dari sudut kelantangan atau kelunakan suaranya. Di peringkat ini, pelajar disuruh azan, berselawat ke atas Nabi, melafaz zikir-zikir asas dan bernasyid

Peringkat Keempat: Pengetahuan Am
Di peringkat ini, mereka akan disuruh mengenalkan diri mereka, ditanya tentang tujuan hadir ke temuduga, mengenai cita-cita mereka. Selain itu, pelajar2 ditanya tentang Rsulullah, iman, solat dan berbuat baik pada ibubapa

Peringkat Kelima : Sahsiah Diri

Menjadi Imam Muda SKS perlu mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji, diperingkat ini pelajar dinilai melalui cara bercakap, adab2 semasa belajar, adab bercakap dengan ibubapa dan guru. Pelajar juga ditanya tentang bagaimana cara menegur rakan-rakan dengan cara berhikmah.

SERAMAI 11 ORANG PELAJAR TELAH MENCAPAI KRITERIA2 YANG DITETAPKAN

p/s: Terima kasih kepada guru2 yang terlibat menjayakan Temuduga Imam Muda SKS ini sama ada secara langsung atau tidak. Jazakallahu Khairan Jazila

Saturday 25 June 2011

Bacaan alMa'thurat setiap Jumaat

TEMPAT : DATARAN ILMU SK SENAWANG
HARI : SETIAP HARI JUMAAT
MASA : 7.30 PAGI

Panitia Pendidikan Islam SK Senawang menganjurkan aktiviti bacaan Ma'thurat setiap pagi Jumaat secara berjemaah. Semua guru SK Senawang yang beragama Islam turut sama menjayakannya. Guru-guru dibekalkan dengan buku alMa'thurat kecil untuk dibaca bersama, manakala pelajar diberi salinan alMa'thurat. Bacaan ini dipimpin oleh ustaz2 SK Senawang mengikut giliran. Dengan amalan bacaan ini, moga2 Allah bekalkan warga SK Senawang kekuatan hati, dipermudahkan urusan dan dikurniakan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Secara tidak langsung, ia mengeratkan lagi ikatan antara guru dan murid, kerana guru2 digalakkan berada bersama-sama murid ketika bacaan alMa'thurat dijalankan. Semoga usaha murni ini dilaksanakan secara istiqamah(konsisten)dan mendapat keredhaan Allah. Amin Ya Rob!



Friday 24 June 2011

Kem Bestari Solat Tahun 1

TARIKH :14 MEI 2011
HARI :SABTU
TEMPAT :SK SENAWANG
MASA : 8PG HINGGA 10PG
PESERTA: MURID-MURID TAHUN 1



























Sunday 19 June 2011

JADUAL AGIHAN TUGAS E-LAPORAN JQAF 2011



1. Nama mesti ditaip pada Bulan Mac. ( Jika tidak nama tidak boleh keluar pada bulan-bulan selepasnya)
2. Nama pelajar yang bukan Islam tidak perlu di key in.
3. Tidak boleh copy and paste. (Jika copy and paste, error akan terjadi apabila proses pemindahdan maklumat dan eksport data)
4. Hantarkan kepada Guru Data sebelum atau pada Hari Rabu 22 Jun.
5. Guru Data hantar kepada Penyelaras pada Khamis 23 Jun.
6. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh rujuk Guru Data.

Tugas :
1. Guru j-QAF : Melengkapkan dan key in senarai nama pelajar, data dan maklumat yang berkaitan mengikut kelas yang ditugaskan masing-masing.
2. Guru Data : Mengumpul kelas-kelas yang dipertanggungjawabkan, menyemak kesalahan atau error bagi setiap pelajar,kategori dan kelas. Membuat eksport file bagi setiap kelas.
3. Penyelaras : mengumpul semua fail bagi kelas-kelas di SK Senawang. Mengeksport dan mengimport setiap fail ke ‘e-sekolah’. Menghantar laporan ke PPD, Gurus Besar, GPK, Ketua Panitia dan GPI.


SEMOGA KITA DAPAT MELAKSANAKAN APA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN INI DENGAN SEBAIKNYA. BERDOALAH PADA ALLAH MOGA IA DITERIMA SEBAGAI IBADAH. AMIN YA RAB.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...