Sambutan hangat para pelajar ke temuduga Imam Muda SKS di SK Senawang benar2 diluar jangkaan. Seramai 52 orang pelajar dari tahun 4 dan 5 yang mendaftarkan diri untuk menjadi Imam Muda SKS, namun hanya 11 orang sahaja yang dipilih yang memenuhi kretiria yang ditetapkan. Kepada yang terpilih, tahniah diucapkan, moga tanggungjawab sebagai Imam Muda SKS ini dapat digalas dengan bersungguh-sungguh. Bagi yang tidak terpilih, jangan kecewa dan bersedih, jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita perbaiki diri menjadi yang lebih baik.
Adapun pemilihan Imam Muda SKS ini mempunyai 5 peringkat:
Peringkat Pertama: Bacaan al-Quran
Pelajar akan dinilai dari sudut: Fasohah, Tajwid, Kelancaran
Peringkat Kedua: Fardhu 'Ain
Pelajar akan ditanya tentang asas2 Fardhu 'Ain, tentang lafaz niat solat berjemaah, doa qunut, tahiyyat akhir dan doa selepas solat
Peringkat Ketiga: Suara
Selepas melepasi peringkat kedua, pelajar perlu dinilai dari sudut kelantangan atau kelunakan suaranya. Di peringkat ini, pelajar disuruh azan, berselawat ke atas Nabi, melafaz zikir-zikir asas dan bernasyid
Peringkat Keempat: Pengetahuan Am
Di peringkat ini, mereka akan disuruh mengenalkan diri mereka, ditanya tentang tujuan hadir ke temuduga, mengenai cita-cita mereka. Selain itu, pelajar2 ditanya tentang Rsulullah, iman, solat dan berbuat baik pada ibubapa
Peringkat Kelima : Sahsiah Diri
Menjadi Imam Muda SKS perlu mempunyai sahsiah dan akhlak terpuji, diperingkat ini pelajar dinilai melalui cara bercakap, adab2 semasa belajar, adab bercakap dengan ibubapa dan guru. Pelajar juga ditanya tentang bagaimana cara menegur rakan-rakan dengan cara berhikmah.
SERAMAI 11 ORANG PELAJAR TELAH MENCAPAI KRITERIA2 YANG DITETAPKAN
p/s: Terima kasih kepada guru2 yang terlibat menjayakan Temuduga Imam Muda SKS ini sama ada secara langsung atau tidak. Jazakallahu Khairan Jazila
No comments:
Post a Comment